Tuesday, January 31, 2012 0 comments

RAJA HAJI FISABILLAH ALMARHUM TELUK KETAPANG (MELAKA) WASIAT BAGINDA KEPADA UMAT MELAYU SEBELUM BAGINDA SYAHID


SEGALA puji bagi Allah dan selawat salam ke atas Nabi serta keluarganya sekalian. Ke hadrat umat Melayu di seluruh dunia. Wa ba’du, maka inilah warkah daripada Raja Haji yang fakir lagi hina di depan Allah taala. Demi malaikat yang menjadi saksi, demi pena yang melarikkan wacana dan demi lembaran yang menjadi wahana. 

Ketahuilah olehmu wahai umat Melayu, peperangan ini bukanlah peperangan orang-orang Bugis. 

Tetapi ini adalah peperangan untuk mengembalikan maruah dan kehormatan sekalian diri orang-orang Melayu yang telah dipijak-pijak oleh penjajah Belanda laknatullah.  

Akan tetapi Belanda itu telah mencanangkan bahawa aku dan sekalian orang Bugis tidak berpuas hati dengan pengagihan hasil rampasan tembakau dari Kapal Betsy kepunyaan Perancis yang menceroboh Selat Melaka itu.  

Adapun kita adalah orang-orang Melayu yang beriman kepada Allah Taala juga menyakini bahawa peristiwa itu hanyalah asbab yang telah menyatukan orang-orang Melayu dari Teluk Ketapang, Selangor, Rembau dan dari Batang Tiga untuk menghambat Belanda keluar dari Punggor, Duyung, Pernu, Semabok, Ujung Pasir, Bunga Raya, Bandar Hilir, Bukit Cina, Tanjung Keling dan Tengkera sebelum kita berkubu di Teluk Ketapang. Orang Serani, Cina dan India turut bergabung dengan kita dalam peperangan ini. Kini Gabenor Belanda menjadi seperti tikus dikejar naga berkubu di Kota Melaka. Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja.

Yakni dengan kata lain, peperangan ini adalah untuk mengembalikan tanah, udara, air dan laut yang telah dirampas oleh penjajah kepada orang-orang Melayu yang sudah beratus tahun membina kehidupan, membina kota dan pelabuhan di tanah air ini. 

Jikalau terdapat satu pun kampung, daerah, kota dan pelabuhan yang terbakar dan ditawan oleh penjajah, maka seluruh orang Melayu di seluruh kampung, daerah, kota dan pelabuhan wajiblah bangun menentang dan menghalau mereka. 

"Sesungguhnya orang-orang Melayu itu bersaudara dan kita tidak akan kalah dalam mana-mana peperangan pun, jika kita bersatu padu di jalan Allah."

 Syahadan untuk kita bersatu di jalan Allah bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia bagai mengepal pasir yang kering. Syaitan adalah musuh yang nyata sama ada yang terang-terang terlihat pada mata kasar mahupun yang berselindung di sebalik hati manusia. Terbukti kebenaran wahyu sejak kakiku berjejak di Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Kedah, Langkat, Inderagiri, Jambi, Bangka, Pontianak, Mempawah dan negeri-negeri Melayu yang lain.

Telah bersungguh-sungguh aku membantu meleraikan persengketaan yang berlaku sesama sendiri dan mematahkan muslihat penjajah laknatullah. Mana dapat dibuat damai, maka damailah yang kumeterai. Mana yang berkehendakkan peperangan, maka peperanganlah yang kupimpin kerana sudah dua ratus tahun lebih kita masih dijajah bahana berebutkan kuasa yang tidak habis-habisnya, saling berhasad dengki dan bersubahat dengan musuh. Yang ruginya rakyat jelata. Tanah diambil, hasil diperas dan tubuh diperhamba.

Maka pada hari ini, tanggal 19 Rejab 1198 Hijrah bersamaan dengan 17 Jun 1784, di Tanjung Palas Teluk Ketapang inilah warkah yang tertulis. 

Warkah ini kutulis di atas sejadah, mengadap kiblat dalam keadaan berwuduk setelah selesai solat dan doa panjang untuk sekalian umat Melayu. Al-Quran di sebelah kananku. Kitab Dalilul Khairat di sebelah kiriku. Badik pusaka di pinggangku.

Sungguhpun demikian, aku amat menyedari bahawa terdapat di kalangan armada perang Melayu yang aku satukan dan pimpin ini terdapat golongan Melayu yang menjadi musuh dalam selimut. Berwajah Melayu berhati Belanda. 

Usahlah ditanya bagaimana aku mengetahuinya kerana tahu di angin turun naiknya. Apabila Allah mengkehendaki terjadi sesuatu perkara, maka tiadalah siapapun yang dapat mengelakkannya.

Biarkan sahaja mereka menyelinap ke dalam kubu kami dan mengepung aku. Syak fasik, yakin salih; batulah yang jadi juadah! Nah, wahai si munafik! Aku sesekali tidak pernah takut kepada kalian. Marilah kita berdepan sebagai seorang lelaki Melayu yang sejati! Engkau kendonglah panji perjuanganmu. Aku junjung panji perjuanganku! Nyawa kita di tangan Allah. Matiku di medan perang ini, tandanya sentiasalah aku hidup di sisi Allah Taala. Matimu di medan perang ini, tandanya celakalah engkau di akhirat kelak.

Sayugia, ketahuilah saudaraku. Walau apapun yang terjadi kepadaku janganlah dimungkirkan kafiat jalanku ini kerana ia akan hanya mengulangi kekhilafan malaikat apabila Allah menyatakan kehendak-Nya mahu menciptakan manusia untuk dijadikan khalifah di atas muka bumi yang akan ada di kalangan manusia saling menumpahkan darah.

Janganlah kita lupa pengakuan azali kita di depan Allah. Janganlah kita melupai ilmu yang Allah ajarkan secara langsung daripada sisi-Nya kepada kita. Kerana dengan itulah kita, manusia ini, dibangga-banggakan Allah di hadapan para malaikat-Nya, kata Allah ‘Sudah kunyatakan bahawa aku lebih mengetahui daripada apa yang kamu tahu.’

Allah Maha Besar! 

Andai aku mati di medan perang ini akan berlanjutan fitnah demi fitnah yang tidak habis-habis, menghujani orang-orang Melayu di sepanjang sejarah akan datang. Manusia Melayu munafik, pengkhianat, pendengki dan petualang akan sentiasa muncul di kalangan kalian sebagai semut hitam yang melata di atas batu hitam pada waktu malam, tanpa bulan dan bintang. 

Akan ada di kalangan kalian, Melayulah juga ia, yang akan menyambung lidah Belanda menuduh aku berjuang dan berperang kerana mabukkan harta dan kuasa. Sesungguhnya moyang poyangku para Opu Daeng Lima Bersaudara bukanlah mahu disanjung-sanjung dan dimegah-megah. Memadailah kukatakan apa yang kami inginkan ialah bangsa kita umat Melayu ini hidup bermaruah dan mempunyai kehormatan diri. 

Maka Maha Adillah Allah Taala sebagaimana terdapat golongan yang munafik dan petualang bangsa, akan ada golongan di kalangan umat Melayu sesudah kami ini yang akan menyambung perjuangan kami. Mereka menyambut panji perjuangan kami dengan penuh harga diri. Dalam hati merekalah aku hidup dan menjadi cita-cita mereka pula mati kerana berjuang. Semangat mereka menyerupai kami, walaupun bilangan mereka tidaklah seramai golongan munafik dan petualang. 

Mereka berani mati sehinggalah si petualang bangkit daripada sujud tatkala imam dan jemaah masih bersujud, lalu ditancamkan pisau di belakang antara mereka. Maka sesekali tidak mengundang gundah kerana apabila sudah datang janji Allah, maka syahidah dia. Jika yang ditikam itu masih terus hidup, maka dia akan menjadi saksi kepetualangan si munafik tersebut, lalu mudahlah dicam dan diberkas seketika itu juga. Maha Besar Allah Yang Awal dan Yang Akhir.

 Ketahuilah wahai saudaraku. Bahawasanya umat Melayu tidak akan sesekali ghaib daripada muka bumi ini yang Allah telah takdirkan gunung, dataran, sungai, kuala, selat dan lautan untuknya. Semuanya akan diwariskan Allah kepada raja yang adil lagi saksama dan pembesar yang mukmin dan mukminat untuk memerintah. Maka Allah mengurniakan rahmat dan berkat daripada tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan semua penduduk bumi dan langit mendoakan kesejahteraan bagi segenap isi negeri.

Sesungguhnya akan tibalah pada hari dan zaman itu orang-orang Melayu semuanya akan bersatu dan sanggup mati di jalan Allah. Mereka bersedia berperang dengan musuh daripada belahan dunia mana sekalipun. Kota-kota mereka terbina daripada peradaban ilmu yang dihiasi dengan mutiara kebijaksanaan. Ulama dan cendikiawan diterima sebagai penasihat ulil amri. Para ahli sufi terbebas daripada fitnah ajaran sesat dan batil. Rakyatnya cukup makan dan untung berniaga, tanpa ada penindasan dan perampasan. Kaum-kaum lain mendapat naungan dan jaminan keadilan sehingga taat dan setia mereka tidak berbelah bahagi lagi. Zaman makmur itu akan tiba juga apabila hak-hak Allah dipenuhi. Hak-hak rakyat dilaksanakan. Peraturan-peraturan mereka ditimbang dengan syariat dan disukat dengan adat.

Syahadan, ketahuilah olehmu wahai saudaraku. Ingatlah bahawa ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk dan duri yang akan mengait. Justeru tetapkanlah waspada sebagai pengawal di pintu gerbang zaman makmur. Bulan terang paksa baik: payang ke laut, baluk pun ke laut juga. Runtuhnya zaman makmur kerajaan Melayu sebelum ini adalah kerana raja dan pembesarnya sudah ada biduk, tetapi serempu pula. Lalu timbullah perebutan, hasad, iri hati dan sengketa. Kalau rakyatnya pula suka menuntut piutang lapuk. Ditelan kemewahan dilambung mabuk. Ada juga yang menjadi seperti itik bertaji. Tandanya, keris tersisip di dinding, pedang tajam dalam sarungnya sahaja.

Musuh yang nyata disetiakawankan. Manakala sesama sendiri sanggup ‘berjuang’ hingga memancung leher.
  

Kesudahan mereka adalah dengan suul khatimah kerana lekat pada ingatan mereka akan harta dan kuasa yang terlepas daripada tangan. Dipamerkan pula tempatnya di neraka jahanam, wa nauzubillah. Itulah jihad di jalan syaitan adanya. Benarlah, ujian-ujian daripada Allah turun bersama-sama zaman makmur.

Maka jika kita alpa dan lalai diri dengan melakukan kegiatan dan perbuatan yang dilarang Allah, maka tunggulah bala bencana daripada tujuh petala bumi dan tujuh petala langit bertali arus menimpa umat Melayu itu. Ya Allah menitis pula air mataku. Ketahuilah bahawa aku tidak pernah menitiskan air mata sebagai seorang lelaki Melayu berhati kecut. Tetapi air mataku ini mengalir apabila memikirkan anak cucu cicit yang terkemudian hari. Apalah pula ujian dan balanya; apalah pula sengketanya; apalah pula pengkhianatannya; apalah pula penyelewengannya dan apalah pula kesudahannya.

 Segala ribut badai perasaanku menyatu bersama ingatan terhadap junjungan nabi kita ketika saat-saat sakaratulmaut menjelang, telah terucap di mulutnya yang mulia ‘umatku, umatku, umatku!’ Aduhai Nabi kekasih Allah! Ingatlah pada zaman manapun kalian berada sentiasalah berselawat ke atas nabi dan beramal dengan sunnah-sunnahnya kerana itulah penyelamat agung penyedar daripada alpa dan lalai, pengikis sifat munafik dan menghidupkan jiwa.

Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas Muhammad pada awalnya
Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas Muhammad. pada akhirnya.
Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas Muhammad pada setiap ketika.

Tatkala sampai di baris ini, aku sedang melihat berpuluh kapal perang armada Belanda pimpinan Peter van Braam dari Betawi itu, sudahpun tiba di pantai. Demi Allah, yang hidup dan matiku hanyalah di tangan-Nya, sedikitpun aku tidak berasa gentar, apatah lagi untuk berundur walau seinci pun ke belakang kerana kuyakini Allah sentiasalah ada bersamaku dengan panji janji-Nya dan panji kebenaran-Nya. Biarlah luka di dada jangan luka di belakang.

Rencana si munafik itu sampailah ke kemuncaknya apabila mereka dapat masuk menyelinap ke dalam kubuku, merampas pemurasku yang disandarkan ke dinding, maka ketika itu sampailah ilham daripada Allah kepadaku. Bahawa aku kini hanya ada sebilah badik tersisip di pinggang dan hijap yang terangkat antara aku dengan Tuhanku. Seraya langsung aku memanjatkan doa, “Ya Allah sesungguhnya aku telah dizalimi dan dikhianati. Aku bentangkan ke hadrat-Mu seluruh pengharapan-Mu dengan segala fakir dan hina diriku, Engkau jadikanlah warkahku ini terhijab daripada pandangan mata setiap munafik dan musuh-musuhku serta Engkau peliharakanlah warkahku ini hingga sampai ke hujung zaman agar dapat dibaca dan ditilik oleh anak cucu cicit kami pada kemudian hari.

“Ya Allah. Tidak sampai hati mahu kupinta celaka untuk segolongan Melayu yang bersubahat dengan penjajah itu. Ya Allah jadikanlah anak cucu cicit kami di kemudian hari berjuang dan berperang dengan lebih berani dan gagah di jalan-Mu. Ya Allah tempat aku juga di sisi kekasih-Mu, Rasulullah yang aku rindui dan cintai segenap hatiku sekiranya aku gugur di jalan-Mu Ya Allah. Sungguh Engkau Maha Mengabulkan doa.”

Tatkala itu munafik-munafik itu mahu menangkap aku yang masih bertimpuh di atas sejadah. Namun demikian dengan kuasa Allah Taala segala sendi pada tubuh mereka, terkunci kaku seperti patung adanya. Maka bingkaslah aku daripada duduk lalu aku pandang satu persatu wajah-wajah Melayu munafik itu. Benarlah, peluru perak pemecah kubu yang kuat. Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang. Tiada gunanya lagi kata-kata kerana perut tidak bertelinga. Sesudah itu berjalanlah aku menuju ke muka kubu dan tersergamlah kapal perang penjajah laknatullah itu pada pandanganku. Inilah Raja Haji yang kalian cari-cari. Syarak yang mengata, adat yang memaksa. Dengan badik di tangan kanan dan Dalilul Khairat di tangan kiri, lidahku berwiridkan selawat.

Bammm!!!

Bunyi bedilan sebuah meriam daripada salah sebuah kapal Belanda yang muncungnya dihala ke batang tubuhku, bergema ke udara. Ah! Sungguh beruntung pengkhianat itu kerana dapat menyaksikan lagi kuasa Allah apabila peluru lela rentaka meletup di dalam lubangnya sendiri, lalu terpelantinglah askar Belanda berselerak di atas kapal dan sebahagiannya pula jatuh ke dalam laut. Beranak pinaklah pula bunga-bunga api membakar kapal perang itu. Panglima Perang Belanda Peter van Braam nyatalah amatlah terkejut adanya. Bertambah maraklah lagi semangat jihad yang menjulang-julang dalam dada pejuang-pejuang Melayu. Bertambah amuklah mereka hingga berkecamuk barisan penembak pasukan askar Belanda itu.

Lantas bertafakurlah aku apabila melihat keadaan itu. Aku berserah sepenuhnya kepada Allah untuk menetapkan apa jua keputusan-Nya. Beberapa ketika kemudian dapatlah aku ilham daripada-Nya seraya aku bermohon, “Ya Allah aku berserah kepada-Mu seluruh jiwa dan ragaku. Aku rela syahid Ya Allah di jalan-Mu, daripada kehormatanku dan kehormatan umat Melayu ini dipijak-pijak oleh penjajah laknat ini setelah ditipudayakan oleh petualang daripada bangsa kami sendiri.” Arakian Panglima Perang Belanda itu sendiri segera menyalakan sumbu ubat bedil meriam lela rentaka yang muncungnya dihalakan tepat ke dadaku.
Bammm!!!

Maka sampailah janji Allah. Mencurahlah darah daripada dadaku.
Jasadku rebah ke tanah. Tiada Tuhan Melainkan Allah. Maka terpinga-pingalah para munafik dan petualang apabila melihat askar penjajah memijak-mijak batang tubuhku, membakar al-Quran dan Dalilul Khairat. Badikku pula dilemparkan ke dalam laut. Pecahlah kapi, putuslah suai. Datanglah masyghulku, tetapi seketika itu juga difahamkan Allah kepadaku bahawa itulah tanda-tanda doaku yang telah dimakbulkan Allah.

GLOSSARI:
• Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja = Orang yang serba salah kerana melanggar perjanjian.
• Bagai mengepal pasir yang kering = Kesukaran menyatukan perbezaan pandangan tahu di angin turun naiknya, tahu tentang alamat tentang peristiwa yang bakal terjadi.
• Syak fasik, yakin salih; batulah yang jadi juadah = Yakin maksud tercapai.
• Ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk dan duri yang akan mengait = Halangan dan rintangan dalam sesuatu usaha.
• Bulan terang paksa baik: payang ke laut, baluk pun ke laut juga = Dalam zaman kemakmuran semua orang berlumba-lumba mencari keuntungan.
• Sudah ada biduk, tetapi serempu pula = Berebut kuasa.
• Menuntut piutang lapuk = Melakukan sesuatu yang sia-sia.
• Itik bertaji = Sangat penakut tetapi sombong.
• Keris tersisip di dinding, pedang tajam dalam sarungnya = Perbuatan yang pandir.
• Biarlah luka di dada jangan luka di belakang = Biar alah kerana melawan jangan alah kerana melarikan diri.
• Peluru perak pemecah kubu yang kuat = Kerana duit semuanya dibongkarkan
• Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang = Tipu muslihat yang tersembunyi demi mencari keuntungan diri.
• Perut tidak bertelinga = Nasihat yang tidak akan diturutkan
• Syarak yang mengata, adat yang memaksa = Syarak dan adat tidak dapat dipisahkan
• Pecahlah kapi, putuslah suai = Sesuatu yang tidak dapat dibaiki lagi (sejarah) dan menanggung malu teramat sangat.
Thursday, January 26, 2012 0 comments

‎Balasan Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu Yang Selalu Kita Tinggal

Subuh
Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.

Zuhur
Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.

Asar
Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.

Maghrib
Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.Sanggupkah kita berzina dengan ibu sendiri?.Tidak rasa amat bersalah dengan ibu kita yang melahirkan kita ke dunia?

Isyak
Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.” Saudara saudari seagamaku, ketika anda membaca semua ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan bayaran RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur...solat 5 waktu sehari malam itu merupakan tiang...tak terdiri sesebuah bangunan tanpa tiang itu yang merupakan rukun kedua terpenting yang membuktikan kita ini Islam...ketahuilah yang membezakan orang Islam dengan bukan Islam ialah "SOLAT 5 waktu sehari semalam"

0 comments
Tuhan tolong lembutkan hatiku,
Untuk terima islam sebenar2nya,
Kerna ku tak sanggup,
Kerna ku tak mampu,
Terus hidup dengan dosa dunia,

Tuhan aku tahu banyak dosaku,
Hanya ingat Kamu kala dukaku,
Namun hanya Kamu yang mampu membuka,
Pintu hati aku 'tuk cintaMU,

Tuhan kau berilah petunjuk,
Untuk diri kami yang jauh dariMU,
Agar kami tidak berpaling,
Selalu rasa ada cintaMU,

Tuhan terimalah taubatku,
Yang menyesal jauh dariMU,
Agar aku tidak terseksa,
Tanpa cinta Kamu di akhirat sana,

Hanya mampu berdoa,
Moga Kau terima taubatku,

Tuhan tolong lembutkan hatiku,
Untuk terima islam sebenar2nya,
Kerna ku tak sanggup,
Kerna ku tak mampu,
Terusa hidup dengan dosa dunia,

Ya ALLAH...
Ya Tuhanku dengarkanlah rintihan taubat hambamu ini.
0 comments

Penyayi Asal DORAEMON !


Memang Power....!
Selalu Kita Dengar Lagunya.. 
Kali Nie Kita Lihat Penyanyinya.... 


Lagu Persembahan Pentas Doraemon Yang Mencetuskan Fenomena Filem Aminasi Antarabangsa....

0 comments

Bumi Berdepan Ribut Solar Terkuat

GAMBAR yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari.




WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.
Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.
Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.
Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.
Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.
Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian.
Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.
Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.
Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.
Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam.
Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi. – Agensi


Komen saya,
InsyaAllah radiasi ribut solar ini tidak akan memberi kesan yang berat kepada bumi
cuma kesan radiasi ini bakal menyebabkan fenomena aurora di sebahagian negara.
Berdoalah kita agar bumi Malaysia terlindung dari bencana yang tidak diingini.
Amin. =)
Tuesday, January 24, 2012 0 comments

Perkataan carutan menggunakan tubuh badan ?

sparkle - http://www.sparklee.com
Hahaha mesti anda semua dah terbiasa dengan perkataan kesat diatas kan ? =)
Pukimak ?
Bagaimana bahagian tubuh ibu awak boleh jadi carutan?
TAK WAJAR BETUL !
Jadi bagaimana TANGANMAK? KAKIMAK? KETIAKMAK?
hahaha maka bodohlah orang2 yang menggunakan perkataan ini.
Lawok lawok !
0 comments

¡ ısunɟɹǝq ɐʇıʞ ʞɐʇo uɐqıɐɾɐǝʞ



Keajaiban otak kita berfungsi ! =D


Saya yakin ramai diantara anda yang dapat membaca apa yang ditulis diatas kan ? =)
Itu semua adalah tanda kekuasaan Allah S.W.T. yang berkuasa mencipta kita umat manusia semulia ciptaannya.

Nak dibandingkan dengan Haiwan? kita jauh lebih berAkal.
Nak dibandingkan dengan Jin? kita mempunyai jasad yang dapat dilihat menggunakan mata kasar.
Nak dibandingkan dengan Alien? kita jauh lebih sempurna rupa wajah.

So, bersyukurlah diatas keindahan dan nikmat yang dikurniakanNya. =)


Monday, January 23, 2012 0 comments

Takdir manusia telah ditulis sejak di dalam rahim ibunya. =)


Diriwayatkan daripada Anas r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud,"Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu malaikat berhubung peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan akan dilalui, apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, malaikat bertanya:" Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadianya atau tidak? Maka apabila Allah hendak menyempurnakan jadinya seorang anak, malaikat bertanya lagi: Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya? (Selepas malaikat mendapat jawapannya) maka ia menulis seperti yang diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya." 

Lihatlah di sini bahawa kejadian kita dahulunya telah disempurnakan dan dituliskan oleh malaikat dengan izin yang Maha Esa.Tidak terfikirkah betapa uniknya kita??Alhamdulillah sy di antara manusia yang diciptakanNya untuk hadir ke dunia ini,sebagai manusia yang sempurna dan sebaik-sebaik kejadian.

Berikut adalah peringkat-peringkat kejadian manusia menurut al-Quran yang digambarkan secara ringkas:

  1. Nutfah(selepas persenyawaan)
  2. A'laqah(segumpal darah)
  3. Mudghah (seketul daging)
  4. Tulang yang dibaluti daging
  5. Embrio
  6. Peringkat peniupan roh (iaitu di mana berlakunya perjanjian antara manusia dengan Khaliq seperti yang dinyatakan di dalam surah al-A'raf ayat 172)

"Dan igatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulb (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Tuhanmu?"Mereka menjawab,"Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini"

Kesimpulannya,ingatlah bahawasanya ada empat perkara yang telah ditetapkan oleh Allah sebelum seseorang itu lahir ke dunia iaitu:
Nasib (celaka atau bahagia)
Jantina
Rezeki
Ajal


Saturday, January 21, 2012 0 comments

Kedah bakal gugurkan 2 pemain import ?



ALOR SETAR – Selepas kekalah kepada Kelantan, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bakal menyingkirkan dua importnya yang tidak menyerlah dan gagal membantu pasukan itu mencipta gol kemenangan dalam empat perlawanan Liga Super 2012.



Dua import Kedah dari Brazil, Daniel Soares Neves Baroni yang bermain di posisi tengah gagal beraksi dengan baik manakala Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo tidak dapat beraksi kerana kecederaan pada kaki dan terpaksa berehat selama tiga bulan.

Pengurus Pasukan Datuk Khazali Din berkata keputusan itu akan diketahui dalam tempoh seminggu lagi kerana pihaknya sedang melakukan proses mencari pemain baru dari Afrika Selatan dan Korea.

“Kita fokus kepada pemain di bahagian serangan dan pertahanan bagi memantapkan pasukan Kedah. Kita lihat sekarang mereka main bagus tetapi tidak ada sebarang jaringan gol,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan malam tadi.

Katanya KFA akan berusaha sedaya upaya mencari pemain import yang berkualiti sebelum 14 Feb bagi membolehkan pasukan itu merancakkan kempen Liga Malaysia tahun ini.

Pemain pertahanan Danilo Rafael sebelum ini mewakili kelab Brothers Union FC, Bangladesh dan Daniel Soares yang mewakili Cruzeiro E. Clube, Brazil dipilih berdasarkan prestasi cemerlang mereka sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Kedah Mohd Nidzam Adzha yang kecewa dengan prestasi anak buahnya berkata pihaknya bakal merombak semula posisi pemain dalam masa terdekat.

Beliau berkata pemain berpengalaman seperti Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Badrol Bakhtiar juga gagal menyerlah kerana tidak berada pada posisi sebenar iaitu sayap kiri dan kanan ekoran tidak ada pemain di bahagian serangan.

Pada perlawanan malam tadi Kedah kalah 0-3 kepada Kelantan di hadapan lebih 15,000 penyokongnya hasil jaringan dua pemain import Kelantan Mohammed Mahmoud Ghaddar, minit ke-35 dan Danny Atwi minit ke-90 serta Norshahrul Idlan Talaha minit ke-78.

Dalam empat perlawanan sebelum ini, Kedah gagal mencipta sebarang kemenangan apabila dua kali tewas dan dua lagi sekadar seri tanpa jaringan.

Sementara itu, lebih 2,000 penyokong pasukan Kedah berhimpun di luar Stadium Darul Aman mendesak pihak pengurusan KFA terutamanya Khazali meletak jawatan serta merta.

Mereka berbuat demikian ekoran prestasi hambar pemain Kedah yang gagal mencipta sebarang kemenangan seperti yang diharapkan peminat tahun ini dan menyatakan KFA bertanggungjawab terhadap perkara ini.

Khazali berkata beliau akan meletak jawatan sebagai pengurus pasukan itu sekiranya pihak pengurusan tertinggi KFA mengarahkannya untuk berbuat demikian.

“Saya bukan main bola tetapi hanya menguruskan pasukan dan saya bukan cari makan dengan bola. Saya bekerja secara sukarela dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk menguruskan pasukan ini. – Bernama


Aku dah agak dah. mesti player2 import Kedah kena buang lepas game lawan Kelantan. nak tahu sebab apa ? sebabnya, aku tak dengar pun nama player2 import Kedah disebut. so tak mustahil akan dibuang. HAHA
Friday, January 20, 2012 0 comments

AG fail rayuan terhadap keputusan kes liwat II


Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.

Ia difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Jenayah) Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang ini.

Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari yang juga bekas pembantunya.
 
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya, berkata beliau mendapati tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.

Semalam, Saiful menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail meminta beliau memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu.
 
Saiful menerusi blog miliknya mohdsaifulbukhari.blogspot.com menulis bahawa surat itu dihantar melalui peguamnya Tetuan Zamri Idrus & Co.
 
Katanya, rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depannya.

Menurutnya, dia hanya menuntut haknya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan "di mana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi".
 
Katanya, jika dia berhak memfailkan rayuan itu sendiri, dia akan berbuat demikian tanpa menyusahkan individu lain.
 
Namun, katanya, kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan hanya terletak di tangan  Peguam Negara.

Sementara itu, menulis dalam blognya, Saiful berkata, dia bersyukur kehadirat Allah SWT dan menerima baik keputusan Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

"Saya dan keluarga saya juga ingin menyatakan di sini bahawa dengan pemfailan notis rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang, adalah terlaksana.

"Saya dan keluarga juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan kepada saya agar hak saya sebagai warganegara untuk melalui proses keadilan ke peringkat Mahkamah Rayuan terlaksana.

"Saya akan terus berdoa, istiqamah, sabar. Kepada Allah saya berserah," tulis Saiful.


Wednesday, January 18, 2012 1 comments

Tanda geng kongsi gelap....Pendedahan Polis untuk Ibu Bapa

KEPALA HARIMAU...jari membentuk seakan binatang.
PELIK...satu lagi cara bersalam ahli kumpulan 77.


KUALA LUMPUR: Awasi dan perhatikan cara anak remaja anda bersalam dengan rakan, rantai kunci digunakan serta pelekat yang ditampal pada beg sekolah atau motosikal kerana itu semua petanda penting untuk mengesan kemungkinan mereka menjadi ahli kumpulan kongsi gelap.


Itu mesej penting disampaikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan kepada ibu bapa selepas siasatan polis mendapati beberapa kumpulan kongsi gelap kini aktif merekrut ahli termasuk di kalangan pelajar sekolah.


Menurutnya, biarpun kegiatan itu masih dalam kawalan pihak berkuasa, kesedaran dan kerjasama ibu bapa serta pihak sekolah penting bagi menyekatnya daripada terus berleluasa.


“Pengetahuan ini penting kepada ibu bapa bagi membolehkan mereka mengesan pembabitan anak masing-masing dalam kegiatan kongsi gelap. Kalau ibu bapa tidak tahu, macam mana mereka hendak menghalang dan mengawal pergerakan anak,” katanya ketika ditemui Harian Metro di pejabatnya, di sini.




Menurutnya, antara kumpulan kongsi gelap yang dikesan cuba meluaskan pengaruhnya di kalangan remaja termasuk geng Double Seven (77), 36, 08, 04 dan 108.
0 comments

Dugaan di KAMSIS.

Baru sahaja selesai mengerjakan solat isyaq di PI, lepas tu pergi makan malam sebentar. tiba2 ada announcement suruh semua penghuni KAMSIS ke berkumpul di PI kembali pada pukul 10.30malam. mata dah layu tak terhingga rasanya. tapi apa kan daya terpaksa juga la turun ke PI kerana " tindakan akan diambil sekiranya ingkar arahan tersebut " -,-

Di hati ini Allah sahaja yang tahu betapa aku rindukan mak abah dan keluarga yang lain. kad bermalam di luar sudah pun di cop. esok pukul 4.30 aku bertolak balik ke kampung halamanku. hm, moga perjalan aku diberkatiNya, InsyaAllah.
0 comments

Friendship Never End.


When the time comes I can't smile anymore,
don't worry about me,
I know what to do.
I'll just stare at one corner and think of you.
No one else could make me happy like the way you do...

Tuesday, January 17, 2012 0 comments

Tentang " surveys-faq.com " ?


Tentang web survey nie ?
ramai yang ckp benda nie scam/ paypal mining. aku baca dekat blog2 pun ada yang kata page nie scam.

page nie menawarkan ganjaran $50 kpd sesiapa yang baru join. then, $14 per survey. sehari anda boleh survey sebanyak 3 kali sahaja yang selebihnya tidak dikira. kalau anda membuat survey sebanyak 3 kali sehari dan melakukannya tiap2 hari selama sebulan, anda akan mendapat :

$50 + ($14x3) (30) = $1310

BANYAK TUHHHH !!!

So apa anda tunggu lagi ? anggap sahaja macam anda main game, sambilan anda on9 FB & Twitter. =)


Apa yang anda perlukan :
-account paypal
-username
-password

ITU SAHAJA ! mudah bukan ?
sama2lah kita join. :3



kalau tak dapat pun tak rugi bak kata " DoneDuchovny " mih mih.



Monday, January 16, 2012 0 comments

Default Picture dekat FB ?

Kenapa ramai orang suruh aku tukar gambar DP dekat FB aku ek ? adakah benda tu menakutkan ? takdalah scary sangat bagi aku. -,- apa masalah korang kata geli lah takut lah seram lah tengok DP aku ? HAHAHA normal kot. just ada sedikit modifikasi je dengan benda alah tu. itu yang membuatkan benda tu unik. aku tahu korang sebenarnya suka DP tu, tapi korang takut nak tengok kan sebabnya ?

Sebabnya, korang takut + geli geleman kan bila tengok darah. it is normal okay. semua orang ada darah. siapa yang takda darah tu maknanya nak mampus lah tu. :3 and semua orang darah warna merah. kalau yang darah warna hijau ke biru ke tu alien namanya. dah boleh tempah tiket ke planet lain. wink wink wink~ HAHAHA nak tahu pe benda yang orang ramai dok tengah sibuk suruh aku tukar ?

NIE HA ->
takut ke ? :3

ha ! bila sebut pasal darah nie, nak cerita lah kan. haritu PTSB ada buat kempen derma darah. acara nie dibuat di cafeteria. ala tempat makan tuu. sape yang join derma darah nie, dapat 40point mata dimerit tambahan. so aku pun tak lepaskan peluang join benda nie. first time kot derma darah, tak pernah lagi sebelum nie. perasaan takut + excited tu memang ada lah kan. huhu



time nak derma tu, doctor periksa macam2 untuk pastikan yang aku nie boleh derma atau tidak. almaklumlah, takut2 ada HIV AIDS ke, Darah tinggi ke, Darah rendah ke. so mula2 doctor ukur berat aku. berapa entah aku pun dah lupa. then ukur blood pressure aku, dalam tu aku tgk doctor tulis blood pressure aku 125/80. itu menunjukkan tekanan darah aku normal. lepas tu akhir sekali, doctor periksa blood group aku, nak tahu blood group aku ape ? blood group aku "A" taw ! A++ lagiii. hahaha

Maka dengan ini, aku pun layak lah secara otomatiknya untuk menderma darah bagi memperoleh 40 mata merit percuma tersebut...hehehe tapi yang aku kesian tu, ada beberapa kawan aku yang berniat baik nak derma darah jugak tapi dorang tak dapat sebab?

Tekanan darah tinggi, Tekanan darah rendah. yang tekanan darah tinggi tu nama dia Muslim. Dia nie agak berisi sikit lah, mungkin itu penyumbang kepada darah tinggi tu kot.
Em, yang tekanan rendah pulak nama dia Naim, kesian dia tekanan darah rendah. T_T nak tahu dia buat apa untuk berusaha nak derma darah tu ?

Dia berlari-lari keliling cafeteria tuuu.. ini cerita betul taw, bukan rekaan semata-mata ! dia buat macam nie sebab atas nasihat doctor tadi. tak tahu lah doctor tu melawak or nak perbodohkan dia ke ape kan. tapi aku dapat nampak usaha murni dia tu nak sumbangkan darah dia kepada tabung darah negara taw. aku bersimpati dengan dia. :')

Lasty, aku pun dibaringkan di katil yang empuk dan di sisiku adalah nurse yang lawa. hehe jangan jealous. wink wink ! mula2 nurse tu sapukan aku something yang agak sejuk. alchohol aku rasa.
*p/s:alchohol x haram kalau keguaan clinical okay. yang haramnya sebab salah guna*
lepas nurse tu sapukan alchohol tu, tangan aku mulai rasa sejuk + kebas. mungkin effect dari chemical tu. alchohol tu mengikut firasat aku, adalah untuk mengebaskan tangan aku. so bila nurse tu inject tangan aku untuk masukkan jarum, aku takkan rasa apa2. =)



Nurse tu pun mulakan operasi menyedut darah aku dengan memasukkan jarum injection yang berukuran 0.53mm menurut doctor yang aku tanya tu.
*entah betul entah tidak sebab aku tgk dia macam tak confident je jwb* -,-
hm masa nurse tu masukkan jarum aku tak rasa apa2, tapi time dia mula sedut. perghhhhhhhhh ! rasa macam nak pitam pun ada. rasa darah aku mula mengalir umpama ada 1000x nyamuk menyedut darah kau. apa kau rasa ? hahaha *pompang aje nie* :3

beberapa minit aku mulai rasa berkurangan pening tersebut. =)
nurse yang lawa tersebut menasihatkan aku supaya aku kekal di katil empuk tersebut buat beberapa minit lagi bertujuan mengelakkan aku dari terus pitam apabila banyak bergerak.

sesudah beberapa minit, aku pun bangun dan mula beredar dari katil. ada satu bag hitam yang nurse tadi berikan kepada aku. kelihatan seperti sekotak air minuman yang RM1 tuu. perisa Lychee tak silap aku, dan sebungkus biskut Tiger yang kecik punya tu. benda tu jela aku mkn lepas derma darah tu. -,-
doctor nasihat kau minum air banyak2 sebolehnya 3gelas. MAK AIH ! mau tak kembung perut aku. aku pun beransur lah pulang ke KAMSIS.

Hari tersebut merupakan detik bersejarah aku kerana aku TAK PERNAH DERMA DARAH SEUMUR HIDUP AKU. ini yang pertama kalinya. hehehe
OKAYlah. disaat aku menaip post nie, roomate aku semua dah tido tahu ? aku sorang je yang belum tido. maka disini aku ingin mengundurkan diri dulu~

~GOOD NIGHTS~
&
~SWEET DREAMS~


0 comments

Pendedahan Eksklusif Untuk Pejuang Fisabilillah !


Vatican Bank

Paus Benedictus



Saturday, January 14, 2012 0 comments

Facebook Ada Office Baru ?



TAMAN MENLO, Amerika Syarikat (AS) - Ibu pejabat baharu laman sosial popular Facebook telah dibuka di Taman Menlo, California.

Ia terletak di kawasan seluas 23.06 hektar yang merupakan bekas ibu pejabat syarikat Sun Microsystem.

Hampir 2,000 pekerja Facebook bekerja di ruang seluas satu juta meter persegi itu.

Ruang dalam ibu pejabat Facebook itu kelihatan santai dan dipenuhi dengan cita rasa golongan muda seperti dinding yang diconteng dengan grafiti.

Pelbagai bendera pelbagai negara juga dipamerkan di dalam pejabat tersebut.

Para pekerja juga boleh memilih untuk bekerja secara berdiri atau duduk.

Sementara itu, di New Delhi, India Mahkamah Tinggi Delhi mengancam menyekat beberapa laman web termasuk Facebook dan Google melainkan pihak berkenaan mengambil langkah untuk membuang kandungan yang menyinggung perasaan dan tidak menyenangkan.

"Kamu perlu melakukan pengawasan ketat. Jika tidak, kami akan meluluskan arahan untuk menyekat semua laman web seperti di China," kata seorang hakim semasa satu perbicaraan bersama beberapa perwakilan undang-undang Facebook dan Google India di sini kelmarin.

Hakim Suresh Kait menyatakan: "Facebook dan Google perlu membina mekanisme untuk memeriksa dan membuang bahan yang boleh menyinggung perasaan dan tidak menyenangkan."

Pada bulan lalu, Menteri Komunikasi, Kapil Sibal berikrar untuk membasmi kandungan Internet yang disifatkan pemerintah sebagai "tidak boleh diterima".

Kandungan seperti itu, katanya, termasuk gambar bogel palsu pemimpin-pemimpin politik India dan imej agama yang dianggap sensitif.

Facebook diasaskan bersama oleh Mark Zuckerberg yang dilancarkan pada Februari 2004.
0 comments


GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCER BUKU 1MALAYSIA (BB1M)


1. PENGENALAN

Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses pencetakan, penerimaan dan pembayaran baucar RM200 seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.



2. OBJEKTIF

Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.



3. KRITERIA KELAYAKAN

Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:

a) Warganegara Malaysia;

b) Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;

c) Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;

d) Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;

e) Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;

f) Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;

g) Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan

h) Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).



4. TEMPOH PELAKSANAAN

Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.



5. KADAR BB1M

Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.



6. TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR

a) Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;

b) Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

c) Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;

d) Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;

e) Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;

f) Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;

g) Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;

h) Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;



7. PENUTUP

a) Semua pihak hendaklah mematuhi tatacara dan prosedur kewangan dalam pelaksanaan pemberian baucar ini;

b) Dokumen berkaitan pemberian baucar ini perlulah dikemas kini dan disimpan secara teratur dan kemas bagi tujuan pemantauan dan pengauditan;

c) Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan inisiatif ini bolehlah menghubungi pelaksana masing-masing.

Nie lah contoh baucer buku tuh. =)
p/s : nak jual dekat orang lain tak boleh la sebab dekat baucer tu kena tulis nama dan no ic pelajar. huhu


0 comments

Tentang " http://www.facebook.com/groups/165271283573892/?notif_t=group_activity " =)

Page group nie diasaskan oleh roomate aku Mohd Aizi @ Ozil.  Dia pada mulanya admin page nie, then dia jadikan ketua kelas kami iaitu Muslim @ NamaKuMuseLim.  Suatu hari si Muslim nie remove si Ozil nie sebagai Admin, maka berlakulah peperangan di antara Muslim & Ozil nie.  HAHa lawak sampaikan dalam FB dorang nie bergaduh pasal hal berebut takhta 'admin' page nie.  Yang si Ozil nie memang tak boleh nak melawak kadang2 sebab dia cepat merajuk. hihi  *mcm budak2 je* -,-

Page nie berguna sebagai alat untuk berhubung dengan ahli2 keluarga kami *budak2 kelas DTK+DEP 1A*  Tapi apa yang aku nampak dlm page nie banyak yang mengarut. -,-  upload gambar tah apa2 tak berguna langsung, mcm syok sendiri pun ada gak. HAHA  kalaulah aku yang jadi Admin, tahula apa aku nak buat dgn page tu.  

Em, kesimpulanya aku harapkan dorang dapat manfaatkan page nie sebaik mungkin dan bukannya umtuk Troll someone yang malang, upload benda2 tak berguna ataupun apa2 sahaja yang tak berfaedah kepada ahli2 keluarga. =)

Chill ! ! !
0 comments

Course apa aku amik kat PTSB ?

Kat poli nie aku amik course Diploma Electronic Engineering (computer).  Jangka masa yang aku anggarkan dgn kawan2, sembang betul and sembang tipunya adalah dlm 3tahun macam tu. dianggar 18 atau 14 disember 2014 aku tamat dan dapat lah segulung diploma. InsyaAllah ! =')


Course yang aku amik nie dipanggil DTK kat sini.  singkatan dari Diploma Teknologi Komputer.  kelas aku DTK 1A.  Kelas aku nie kena gabung dengan budak2 DIP. Elektronik Perhubungan (DEP) seramai 6 orang sebab dorg TAK RAMAI so tak boleh nk dijadikan satu kelas.  maka kelas aku pun jadila 36orang kesemuanya.  Not bad lah kan.  daripada dekat sekolah dulu seramai 40+ orang murid/pelajar setiap kelas.  aku tak tahu macam mana aku boleh belajar masa disekolah dulu.  sedangkan sekarang nie aku rasa kurang selesa belajar ramai2 nie. -,-

    

Okay mula belajar aku excited gila kot.  sampai tak sabar nak kenal semua lecturer2 aku.
overall semua leturer2 aku baik dan sporting.  tapi satu dua slack tu rutin dunia la.  hukum karma orang panggil kan.  aku TAK SUKA dgn lecturer ET101-Electrical Technology aku.  dia ajar cukuplah memeningkan kepala aku.  dari mulanya aku paham jugak la sikit2 terus jadi blurr. ouh! sabar jela.  yang keduanya maadam aku yang ajar aku Measurement.  Sumpah dari mula aku jumpa dia, dia sebut2 tu macam tak ikhlas je nak ajar.  OMG ! taknak ajar balik je duk umah senyap2. sikit2 ayat dia  " kamu semua buat apa pun, nak belajar ke taknak saya tak rugi apa2, gaji saya tetap berjalan, bukan awk semua yang bayar. so ape saya kesah kan. " *dgn muka sombong* -,-


     

Hmmm.. rasanya dah banyak yang aku mengumpat hari nie.  cukup2lah tu kot.  bertimbun dah dosa aku nie. :3  esok hari bahagia sebab cuti. hehe itu yg dah pukul 3.58am skrg nie pun aku still tak tido lagi walhal roomate semua dah tido. hahaha.  It is so nice! <3
Rasanya mata aku dah penat dan memerlukan rehat. nanti aku sambung post lagi yeeee...babaiii


0 comments

PTSB ? anda tahu apa itu ? =)

Pada tanggal 18 Disember 2011 adalah tarikh keramat bagi diriku.  Aku telah melalui sebuah kehidupan yang baru pada hari tersebut.  Jauh dari keluarga, sahabat, dan kenalan.  PTSB adalah singkatan dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah yang terletak di Kulim Hi-Tech Park, Kedah.  Pada pukul 7.30am aku bertolak dari kampungku ke PTSB bersama abah, *yang lain tak ikut sbb lambat so kena tinggal lah.hehe* sesi pendaftaran pelajar baru bermula pada pukul 8.00am yang dikawal penuh oleh senior2.  Setibanya aku telah mengambil kunci bilik dan aku dpt bilik bawah sekali tahu ? -,- *V6-012* dahla bawah lepas tu dekat dengan pejabat warden pulak tu.  mmg tak aman lah hidup aku.  Wuu~ T_T

Dan dapat kunci apa lagi, masuk bilik lah kan. =D
aku masuk je roomate aku belum sampai lagi.  so aku pun kemas barang2 aku masukkan dalam almari, dalam selang beberapa minit, roomate aku pun sampai.  Nama dia Aizi *budak2 sini gelar dia Ozil sbb dia aku sendiri pun tak tahu* hihik :B  em, dia ok. baik tak jahat sgt.  tapi kadang2 tu buat aku panas jugak la.  perangai macam budak2.  nasib baik tak pernah cari pasal dgn aku.  kalau tak dah mkn dahhhh... =)
kesah pulak aku roomate ke ape. huhu
 
;