Friday, April 20, 2012 0 comments

Ajaran Sesat !

Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam !

Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru? Saat Maghrib telah tiba..
Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas sholat. Semuanya berkopiah dan dipimpin
seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban sholat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok.

Kristian ortodok, sebuah sektsa dalam agama Kristian. Boleh jadi, orang awam akan terkeliru sebab, sektsa ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun, Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama. Tengoklah saat mereka sholat.. Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam, bila berjamaah, juga memakai bahasa Arab. Rukun sholatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud.. Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan sholat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya : sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis(dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam).

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus. Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga mengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan. Gambar2 ajaran kristian ortodok yg mungkin anda keliru. Jadi berhati hati la kita tentang ajaran kristian ortodok.

Oleh yang demikian marilah kita bersama meningkatkan lagi amalan dan iman kita agar tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yang sesat. Firman Allah dalam Al-Quran :

"Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya." (Surah Ali-Imraan : Ayat 2)
"Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta."
(Surah Yunus : Ayat 66)
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya".
(Surah Adz Dzariyaat ayat 56 – 58)

Hebah kan laaa pada kawan kawan kita...
Yang pasti...........
INI BUKAN AYAT AL-QURAN.....
Semoga kita semua berhati2.....
Jangan sampai terbeli.....
Dan digantung di rumah kita.
Sebarkanlah supaya semua teman teman kita maklum.

Tolong Baca.
Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang orang KAFIR !
Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis SURAH INJILU MATAY terus reject !

Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua....
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa...
Jangan jadikan ia sebagai post berantai anggaplah satu yang penting kerana kita telah mengetahui akan pekara ini...
Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.....
Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga...tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah, Hhmm....
Sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran........
Sebenar ayat Bible !

wallahualammmubissawab........
2 comments

Technology

Yes! I want download food at 4Shared ! Muahaha V,v
0 comments

Future !


dear capital 'S' =')
0 comments

Dialog Malam Pertama – Kenapa Suami Pilih Isteri?


Di malam yang hening, merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil. Malam yang dinanti-nantikan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi. Alam bagaikan mengerti, hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.


Suatu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka, menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka. Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini, jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing, jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan. Tidak pernah mereka berjalan beriringan, tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan, satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin. Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.

Malam semakin larut, si suami membasahkan tubuhnya menyucikan diri. “Aneh” bisik isterinya. Di malam-malam begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh? Lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong agak lama sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu. Alangkah terkejutnya, suaminya seakan mati, kaku dengan gerakan sujud dan terdengar esakan kecil umpama merintih.

Dia tahu apa yang dilakukan oleh suaminya dan dia akur. Itulah cinta suaminya yang sejati. Dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu dan dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya, tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu. Dia menunggu, bertelekung di atas taburan bunga mawar di atas katil empuk itu. Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya, isterinya menunduk malu.

Isteri : Mengapa awak pilih saya?


Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah).


Isteri : Ramai kan yang berniqab?


Suami : Kerana awak ada agama.


Isteri : Ramai kan yang ada agama?


Suami : Kerana awak adalah jodoh ketentuan dari Allah S.W.T.
Isteri kehabisan soalan, dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.


Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak, tetapi saya melihat di rumah awak, di hadapan ibu bapa awak. Ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak dan ketika awak membuka niqab, saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.


Isteri : Saya tidak cantik…


Suami : Lebih baik beristerikan perempuan yang berkulit hitam, berbibir tebal tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik daripada memiliki isteri yang berkulit mulus, tetapi tiada agama dalam dirinya. Tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya. Tetapi adakah perempuan sedar, mereka yang menampakkan kecantikan yang haram didedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak. Wana’uzubillah.


Isteri : Saya juga ingin cantik…


Suami : Sayang, kecantikan awak takkan kekal. Awak akan dimakan usia. Tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?


Isteri: Itu yang saya mahukan…


Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari, malah lebih dari itu?


Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?


Suami : Ada caranya, malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!


Isteri: Yakah?, tunjukkan caranya!


Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”


Isteri : Saya kurang faham, di mana alat-alat mekapnya?


Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).


Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?


Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu. Awak ada wudukkah?
Isteri : Ada. Nanti sekejap.


Suami : Lihat Surah Al-Waqiah, “Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung.” (ayat 35 ), Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru. Dalam keadaan mereka itu muda dan perawan. Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya “Dan Kami jadikan mereka itu gadis perawan” (ayat 36).


Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti.


Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi “(Tentang wanita) penuh cinta (kepada suami mereka) lagi sebaya umur” (ayat 37). Dalam Ayat ini, Allah menerangkan mereka ini (wanita) terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka. Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja (Tafsiran Ibn Abbas).


Isteri : Sahih tu bang, tapi saya nak bayangkan macam mana cantiknya saya dalam syurga nanti.


Suami: Baiklah, tunggu sekejap saya ambil kitab hadith, lihat ini ada Riwayat dari Hadis Tabhrani, sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin yang saya ceritakan tadi, ingatkah?


Isteri : Oh! ada, saya ingat.


Suami : Maka bertanya lagi Ummu Salamah: Dengan apa yang menyebabkan mereka lebih baik, Baginda pun bersabda: dengan solat mereka, puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah. Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning (yakni emas) rantai mereka daripada permata, sikat mereka daripada emas. Lalu mereka berkata: Kami kekal (di dalam syurga) dan kami tidak akan mati lagi, kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal di dalam syurga dan kami tidak akan berpindah, kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah, beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan) untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami. Lalu Ummu Salamah bertanya lagi: Wahai Rasullallah, ada di kalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki, atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian, cerai atau lainnya), kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga, maka siapa yang akan menjadi suaminya (di dalam Syurga)? Baginda menjawab: Dia akan memilih yang terbaik di kalangan mereka dari segi akhlak. Nah! Hadith ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari.


Isteri : Alhamdulillah, baru saya faham. Maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri-ciri dari firman Allah dan hadith, maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!


Suami : Wanita yang merupakan ahli syurga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya. Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki di dalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya, apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya? Pada pandangan saya, orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula di samping berhajat kepada suami, akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka. Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga?


Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip, tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!


Suami : Ya. Saya juga muzakarah dengan awak, lagi satu, bidadari syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!


Isteri : Hah! Bidadari marah saya? Kenapa? Macam mana awak tahu?


Suami : Buka kitab hadis tadi, baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya: Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (H.R. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal r.a)


Isteri : Wah! Saya amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!


Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (H.R. Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Isteri : Alhamdulillah! Baru saya faham sejelasnya, terima kasih abang. Tetapi itukan banyak persoalan tentang saya, bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah, yang menghidupkan sunnah Rasulullah dan akan mendapat nikmat syurga. Bagaimana dengan diri abang?


Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan, biarlah kita berbicara satu bab dengan teliti. InsyaAllah esok malam kedua kita bicarakan soal itu ya.




Sumber: Artikel oleh : Ibnu Rahman via Syahirul
Saturday, April 14, 2012 0 comments

Dinner KAMSIS " Pahlawan Zaman Silam ".. Eh ?

Pada petang yang penuh dengan gelak tawa, suka dan duka aku..
Menantikan waktu siang melabuhkan tirai dan malam menjelma..
Aku nantikan sangat malam nie sebab aku tak sabar nak tengok hebat mana jamuan makan malam dekat Politeknik nie.

Bulan Mei nie adalah penghujung semester pertama aku sebelum menyambung semester kedua aku pada bulan Julai iaitu bulan aku lahir so guys,
jangan lupa birthday present aku okay ! =)

Apa yang suka sangat aku pada hari ini, aku rasa free sebab dah tak terikat sangat dengan waktu kelas yang tidak menentu kadang kadang aku bangun terlalu awal untuk ke kelas dengan penuh semangat berkobar kobar tapi Lecturer aku tak masuk, kelas cancel laa..
Sakit hati kott.. -___-'
Okay think positive maybe lecturer ada masalah tersendiri..

Yang duka sangat aku hari nie, aku dah lama tak gosok baju melayu nie.
So bila time nak gosok tuu mula lah aku menyumpah macam macam..
Punyalah susah nak gosok baju melayu.
Hampir terbakar seluar baju melayu aku tu, nak upload gambar tapi malu lah.hee
Kalaulahh aku ada isteri kan senang boleh dia tolong. Hihi
Okay aku merepek. -,-
gelak tu sopan sikit !

Okay back to the main story,
majlis makan malam nie bermula pukul 8 malam.
Aku apa lagi macam biasa buat hal aku je pegi pukul 8.30 malam.
Buat apa nak pegi awal awal ? Dengar orang bebel jee.. HAHA
Aku suka bila time aku sampai jee orang semua dah mula nak makan baru best ! Muahaha
*gelakjahat*

Okay aku masuk je dewan semua orang dah duduk tempat masing masing.
Segan beb dahla masuk ikut pintu depan so semua usha jee..
Wuu..tapi takpe baru dapat show off sikit kann pakaian Pahlawan la sangat kann yg aku pakai nie. HAHA
Bila aku dengan kawan aku sampai kitorang pilih table agak agak belakang jugak baru lah boleh buat 'keriaw' !
*maksud keriaw tuu adalah buat havoc laa*

Kitorang duduk sebelah jee dengan budak perempuan.hihi
gatalkan ? takpe bukan selalu dapat cuci mata.hee >,<
Overall semua okay makanan sedap sedap ada Udang, Ayam, and TomYam.
Berpada lah jugak dengan rm5 yang aku bayar tuu kan dapat menu macam tuu..
hewhewhew ^^

Semua berjalan lancar dengan persembahan Nasyid sebagai pembukaan.
Tarian ponggal kalau tak silap aku lepas tu.
*time nie aku tengah makan kacau betei dorang nie dengan lagunya*
Then persembahan Teather kawan aku masuk !
Ijoi nama dia. Bangga aku ! HAHA
Last sekali penyampaian anugerah warden terbaek, pakaian tercantik.
Semua anugerah macam tak adil sebab semua yang tercalon semua dari kalangan AJK.
so apa maknanya kami semua pelajar show off hari nie ?
biarlah dorang kebulur sangat anugerah tuu.. hihi

Okay nak share gambar sikit..
sorry ipod nie tak clear sikit time malam..
tak mampu nak beli DSLR. T_T
*takminatsebenarnya*

dari kiri yaslam, izzat, syamie, azreel

Apek ! Budak awam merangkap photographer kami. hewhew

Yang nie awek awek Ninja Assasins. hehehe

Aku & Zaki
*jari kau buat apa tu zaki -,-*

Okay yang nie nampak alim. Nama dia Ijoi. =)

Ini masa lakonan since membawa jenazah

Ehem ! Yang ini roomate aku, Najwa. Ala ala Najwa Letif gituu..hee

Aku jugak tapi dengan Farah ! ^^

Nie Ijoi !

Ijoi & Yaslam. dorang nie roomate !

Em, yang nie aku dengan Afifah. Taken maybe. =)

Yang nie aku dah lupa nama dia. Nanti aku ingat balik. -,-

Waaaaa ! Ini bila aku dah mula meracau macam nie la.

Ehem ehem ehem ! Yang nie pulak dorang kata kat aku "beli kain nie sekali lettewww.." hihi

Yes ! Dah lama tak bernasyid. Rinduu T_T

Yang sebelah kanan sekali AIZI roomate aku. =)

Adeh ! Dorang lagi. -,-

Ini dia budak yang selalu sakat aku ! Hari hari pulak tuu.. =,=

Ini Ummul. =)

Sweet Couple yaw ! ^^

Peace ! (Y)

Hai ! Don't be jelly saya tengah berdansa dengan dia. Hihi

-BOUNCER PINTU MASUK DEWAN-
chop chop ! tapi kenapa macam dah habis jee event tuu ? -,-

Haa ini dia ultraman taro ! Muahahaha

Dia Bobby ! Ketua kelas aku. =D

Ehem ehem ! Sweet couple v2. HAHA


Okay THE END !
p/s : sorry gambar tak berapa nak lawa sebab nie 1st time amek pakai iPod
sebab HTC lupa nak charge. Muahaha

Babai Assalamualaikum. =)


Friday, April 13, 2012 0 comments

Sedim Terjun Air nyee punn .. ^^

Pada hari rabu yang lepas, bertarikh 11 April 2012 aku cuti yaw.
Bersempena dengan Hari Yang Di-Pertuan Agung iaitu Sultan Kedah sebelum ini.
Dua kali telah menjadi agung membuatkan aku berasa bangga kerana aku menetap di Kedah ! =D

Okay cuti tu aku taktahu nak buat apa, roomate aku Aizi pun takda dia balik KL.
so aku pun lentok kepala atas katil dah pukul 12 tgh hari baru aku bangun balik.
Bangun bangun jee zaki syam dah tunggu dekat depan pintu aku ajak pi mandi sungai.

Seronok betei dapat mandi sungai dengan kawan kawan dekat Lata Sedim.
Excited tak terkata laa..
Bukan senang kann..

Sedikit gambar nak share dengan korang, don't jelly jelly okay ! =P

nie azreel kawan aku. taken already. ^^

nie pun dia lagi, tapi yg nie aku taktahu dah kenapa. -,-

Inilah kawan kawan aku ! ^^
kiri dari belakang : syamie, azreel
kiri dari depan : syafiq, izzat, zaki, ijoi, yaslam, anuar, syam, ash !
p/s : ada yg single ada yg taken. nak yg mana pilih and let me know.hihi

Ha yg nie bodybuilder semuanyah ! =D
dari kiri : izzat, azreel, syam, ash, syamie, syafiq, yaslam, zaki.
yg depan pemalu taknak bukak baju tuu Ijoi. -,-
Cuba teka mana AKU ! Hihihi

time nie kitorang dah nak balik dahh..
sebab tengok macam nak hujan.
Pada hari ini jugaklah terjadinya gempa bumi berskala 8.6 ricter
Alhamdulillah tiada apa apa yg terjadi.
Kami semua tak rasa gegarannya sebab kami semua dalam sungai seronok main air ! Hihi

Goodbye sayang semuanyah ! <3
0 comments

" Mothering Sunday "



" Tak perlu tunggu hari 8 Mei nie baru nak raikan Ibu anda. Hari hari boleh kann .. =) "


BEWARE !
HARI IBU ADALAH "HARAM" ya Allah baru tahu...SEBARKAN..

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka.
Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday".

Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent.
Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac.
Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama.
Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary.
Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah.
Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut.
Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu.
Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church.
Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan.

Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan.
Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe.
Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR).
TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika.
Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu.
Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah.
Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika.

Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Kepada mak saya, bancik sayang Makk !! ='D
Moga mak sihat sihat selalu ..



Raikan Ibu anda tiap saat tiap detik disepanjang kehidupan ini okay. =')
Bye bye ..
Wednesday, April 11, 2012 0 comments

Tangisan dalam kerinduan ...

Dear capital 'S', thanks for make me fell so happy now. Thanks to what you did. I am giving my heart for you and don't give it back to me. I want you to know, at this moment i really miss you and i feel so down. I am not in mood. So sorry.
No matter what, I always love you. =')

With heart,
shukrishafie
Tuesday, April 10, 2012 0 comments

Kerja Paling Berbahaya di Dunia {Video}

Needs strong heart to watch !


korang kena tengok video kat bawah nie...


p/s : kalau korang keje macam nie, berapa banyak gaji korang nak ? V,v
1 comments

The making of... 'Cerita tentang kahwin'

. ,Assalammualaikum. ,

Sembang tentang kahwin ni memang indah, seronokdan asyik sekali. Berjam-jam sembang bab kahwin ni pun tak apa. tak jemu, tak bosan. baik borak sebelum kahwin, sewaktu kahwin apatah lagi selepas kahwin, pot pet sok sek nya bukan main menghiburkan.. senarionya bila berada di dalam kelas then lecturer/guru cakap sahaja tentang kahwin, kelas yg sejak tadinya sunyi sepi terus riuh rendah. apabila borak sesama rakan sama juga situasinya, bukan main rancak dan terujanya bersembang. Apatah lg jika tukang masak pndai menambah2 rencah. tepung+pisang+gula dan garam sikit ! perghhh, cekodok pisang.. mmg sedapkan ? hah ! mcm tu la gambarannya.

Itu cerita orang yg belum kahwin atau dah kahwin. orang yg nak kahwin atau org tua yg nak kahwinkan anak lain pula ceritanya.  pendek kata 1001 perasaan melanda, dgn gelisah, bimbang, seronok, takut,  risau semua ada. Yela, skrg ni mcm2 boleh jadi, pengantin lelaki lari bila hampirnya akad nikah, pengantin perempuan lari ikut kekasih lama. aishh.. macam2. mana tak gentar goyang gempa semua. hah ! amik kau 3g terus. (^.^)

Mana taknya, cuba bayangkan belanja kahwin sekarang ni bukan boleh buat sikit-sikit atau ala kadar. 1ok belum cukup tentu. tapi kalau sanggup 'kuali'kan telinga tu dok dengar pot pet pot pet family dan kaum kerabat termasuk keluarga mertua, boleh la buat ala kadar je.  kalau x sggup kena la buat konon-konon grand mcm org lain. biasa org buat belas-belas atau puluh ribu, kena la buat mcm tu juga tak pun lebih lg. kalau org lain bikin sewa pakaian sedondon, kita pun nak sama sedondon.

Hai ! memang tension dibuatnya. nak buat kecil-kecilan org msti dok mengata. buat besar-besaran sikit nnti pun org kata juga. itu la lumrah hidup manusia, tapi mmg apabila dilihat, org kita ni bila bab kahwin, mmg tak reti nak buat ala kadar kan ? sanggup berhabis duit bergolok bergadai demi nak memastikan majlis perkahwinannya tip top dengan siap dgn gred A+ lagi atau nak dpt markah penuh 101% dari para juri yg trdiri drpd  tetamu yg hadir.

Okay ! bagi calon yg nak kahwin baik sang teruna dan dara, bayangkan saat ekonomi skrg yg xbrp nak menentu ni, perit rasanya utk mereka  menyimpan beribu riban dlm bank semata-mata mahu kahwin. selagi tak cukup, selagi tu la deadline kahwin xboleh nak ditetapkan. nak menyimpan tu bukannya boleh sikit-sikit  atau main2 kan ? xkan nak tunggu usia lanjut baru boleh kahwin. kalau lelaki tu kira okay lg tp sanggup ke perempuan nak sama-sama melanjut usia semata-mata nak tunggu simpanan sang teruna cukup  di bank ? kalau sanggup pun, kena tanya family pula, mereka sanggup ke tunggu lama-lama ? rasanya mmg payah kan?

Bila terjadinya perkara begitu, rasanya dah smpai masanya pihak tertentu mempromosikan kahwin beramai-ramai di kalangan orang2 kita. pecahkan tradisi ! jadikan ia program tahunan. lagi ramai kahwin, lagi baik. tiada gejala sosial sana sini. lagi pun, banyak belanja boleh dijimatkan, baki duit yg tidak berusik tu bolehlah digunakan utk membina keluarga sendiri. baik kan ? tapi kalau nak kahwin pun disusah-susah dgn pelbagai adat dan rintangan, alamatnya mati berangan je la. nasib la weh !
Monday, April 9, 2012 0 comments

I LOVE YOU NO MATTER WHAT ! =')
capital    ' S '
 
;