Friday, September 21, 2012 0 comments

Hai saya datang lagi. =)

Buat pengetahuan. Blog saya dah dialihkan ke page satu lagi. Harap maklum ye. Thanks =)

Blog baru nie
Sunday, August 5, 2012 1 comments

Kisah seorang lelaki & wang syiling.

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Sumber: # Mastika





Saturday, August 4, 2012 1 comments

Zakat Fitrah


Ketika ini semua umat Islam sedang sibuk melakukan ibadat wajib puasa dan solat sunat tarawih pada bulan Ramadan. Selain kita bercakap mengenai berpuasa dan solat Tarawih, tidak lupa juga tentang kewajipan Zakat Fitrah. Pembayaran Zakat Fitrah boleh dibuat dalam bentuk wang tunai ataupun beras yang bersamaan nilai mulai 1 Ramadan sehinggalah sebelum Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri sama ada melalui amil yang dilantik ataupun di kaunter bayaran zakat yang disediakan.

Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Pengeluaran Zakat adalah Rukun Islam ke Empat yang wajib ditunaikan selepas berpuasa di Bulan Ramadhan. Barang sesiapa yakni Muslim yang tidak mengeluarkan zakat, maka tidak sempurna Rukun Islam seseorang itu.

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Dalil Zakat Fitrah
Zakat fitrah dalilnya bersandarkan kepada Hadis Nabi S.A.W. riwayat daripada yang bermaksud:

“Rasulullah S.A.W. telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas manusia dengan mengeluarkan satu gantang kurma atau satu gantang gandum (syair) ke atas setiap orang merdeka atau hamba lelaki atau perempuan orang tua atau kanak-kanak yang terdiri daripada orang Islam.” (Riwayat Al-Bukhari)

Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim

Kadar Zakat Fitrah
Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Majlia Agama Islam Negeri-Negeri masing-masing.



Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
  1. Waktu Wajib; Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  2. Waktu Paling Afdal; Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. Waktu Sunat; Sepanjang bulan Ramadhan
  4. Waktu Makruh; Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  5. Waktu Haram; Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Niat Zakat Fitrah
“ Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta’ala. ”


Kalau di Terengganu, zakat fitrah mengikut harga beras yang kita makan. Amil akan bertanyakan beras gred apa yang kita makan, zakat fitrah yang dibayar berdasarkan gred beras yang dimakan samaada gred yang murah atau mahal. Mengikut kemampuan. Kepada semua elakkan membayar zakat fitrah disaat-saat akhir. Selamat menunaikan zakat fitrah. =)


Sunday, July 15, 2012 0 comments

Hari nie hari istemewa saya ! XD



Hari nie hari istimewa saya. sebab hari nie hari lahir saya.
saya bersyukur sebab diberikan umur yang panjang dan masih boleh bernafas sampai sekarang.
tak semua orang dapat menghirup udara segar hari nie.
tak semua orang berkesempatan.
ada yang telah pergi buat selamanya.
pergi tak kembali. =')

Bagi yang masih hidup pasti rasa beruntung.
kerana masih boleh menikmati nikmat di dunia nie.
tapi tak semua orang sedar yang semakin lama kita hidup.
semakin banyak dosa yang kita buat.
secara sengaja atau tak sengaja.
amalan kita dicatit kanan dan kiri.
tidak terkecuali walaupun sebesar zarah.

Lumrah sebagai manusia biasa.
tak lepas dari membuat silap.
walaupun kita tak berniat nak buat silap.
tapi silap tu akan berlaku sendiri tanpa kita sedari.
contohnya macam kita berjalan......

fizikal kita melangkah...
dengan tekun kita mengatur untuk berjalan dengan baik...
dalam masa yang sama akal kita mengatakan...
" langkah dengan baik. nanti jatuh malu "
lalu kita berjalan dengan penuh gaya.
TIBA TIBA

terjatuh !
SAKIT ? mesti...

ada kulit pisang dekat lantai..
nak salahkan siapa  ?
siapa yang buang kulit pisang tu pun tak tahu.
so nak salahkan siapa ?
salahkan la diri sendiri.
sebab cuai sendiri.

Walaupun kita dah sehabis boleh nak melangkah.
tapi still boleh jatuh sebab kulit pisang.

Kesimpulannya..
Memang kita semua taknak buat silap.
Taknak buat jahat / dosa.
tapi secara tak langsung kita akan TERbuat jugak.
itu semua ujian. =)

Apa yang paling penting !
cara kita nak perbetulkan silap kita.
cara kita nak perbetulkan dosa kita yang lepas.

Moga saya dikuatkan di hari mendatang.
Kuat dari segala aspek.
FIZIKAL / ROHANIAH
InsyaAllah ^^


Happy Birthday to meeeee !!!!!! =*


Saturday, July 14, 2012 0 comments

UAI =)


Ustaz azhar idrus kata :

Manusia mengkagumi 'Leornardo Da Vinci' dengan hanya satu lukisan 'Monalisa' , tetapi tidak mengkagumi Allah SWT yang telah melukis jutaan lukisan di kanvas langit setiap pagi dan petang.. =)

-renungan bersama-
Tuesday, July 10, 2012 0 comments

Kesilapan orang jahil


" Apabila musibah menimpa, perasaan kita tergugat. Fikiran terganggu dan jiwa bercelaru. Diri seolah-olah diselubungi kegelapan. Namun, apabila sabar bertandang, perasaan, fikiran dan jiwa akan stabil semula. Diri yang tadinya gelap akan dilimpahi cahaya. Benarlah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sabar itu umpama sinar matahari"
Thursday, July 5, 2012 0 comments

I think too much maybe.

what am i doing with my life =(
Thursday, June 28, 2012 0 comments

ANDROID 5.0 JELLYBEAN ??!


Rumors are being spread around about Android 5.0 Jellybean being released in the 2nd Quarter of 2012, or to be precise: April to June. Hopefully Android 5.0 Jellybean will bring some impressive new features, and be available on older handsets such as the HTC Wildfire S, or the Samsung Galaxy Ace. If android can tackle the problem of updgrading slower handsets - a lot more people would be happier and sales would probably increase.

Leave your comments or thoughts on the HTC Wildfire S getting Android 5.0 Jellybean below. =)
Thursday, May 31, 2012 0 comments

INNALILLAH PADA SEMUA MANGSA KEMALANGAN DRAG PUTRAJAYA

Seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di sini cedera termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas.

part kena rempuh. hm
Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.

Mangsa yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah Muhammad Iskandar Rasiq Shaari, 20, kerana mengalami sedikit pendarahan di kepala, hati serta limpa, dan Ami Nakim, 27, yang retak kedua kaki dan tangan kiri akibat kemalangan itu.

Mangsa lain, Muhamad Fairuz Jalaludin, 27, sedang menjalani pembedahan ketika lawatan itu manakala seorang lagi dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah.

video panjang

video pendek

*nak disalahkan siapa pun dah tak boleh dah. sebab benda dah berlaku. hm. Al-Fatihah buat mangsa mangsa.*
Friday, May 11, 2012 0 comments

Surat Terbuka seorang pelajar untuk DS Rosmah Mansor

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tujuan saya mencipta entry nie adalah kerana TERdetiknya dihati saya apabila TERbaca post yang di uploadkan oleh seorang sahabat saya. =)
seperti yg tertera
Tujuan sebenar saya mewujudkan entry nie bukanlah kerana tidak berpuas hati / menyebelahi mana mana cabang politik.
TETAPI ini adalah luahan hati rakyat.
Saya tidak bermaya hendak mewujudkan entry ini sebenarnya.
Tetapi setelah membaca sehingga tamat apa yang ditulis oleh Pelajar tersebut nyata air mata lelaki saya menitis.
Menitis bukan kerana kepincangan politik kotor yang berlaku dan bermaharaja di Malaysia ini tetapi SEDIH & SEBAK kerana Rasulullah SAW dipermainkan !
Saya tidak boleh terima benda tersebut sama sekali !
Ye saya mengaku saya tidaklah alim & tidaklah kuat agama.
tapi sekurang kurangnya saya tahu & saya sedar bahawasanya Nabi Muhammad SAW dan ALLAH SWT bukanlah barangan yang boleh dipermainkan sama sekali ! ='(
Ye saya tidak akan menulis entry jika ia tidak menyentuh sensitiviti.
Saya tidak rajin hendak mengarang ayat sepanjang ini.
Tapi hati saya terusik.
Saya tidak dapat menahan lagi api kemarahan saya.

Disaat saya mengarang entry ini, saya TERAMAT mengantuk & lapar. HONESTLY -,-'
Tapi saya menahan demi meluahkan isi hati saya yang sudah lama saya perhatikan.
Tidak kira samaada betul atau tidak text ringkas ini dikarang sendiri oleh Pelajar tersebut ataupun diolah mana mana pihak.
Sebab saya tidak percayakan mana mana pihak.
Semuanya POLITIK KOTOR !
Tapi ternyata apa yang terkandung di dalam text ringkas ini adalah nyata.
Apa yang dilihat saya sendiri.
Tidak tahu samaada anda semua pun turut merasai kebenaran text tersebut ataupun tidak.
Bagi saya ini semua amat keterlaluan !

Ini adalah text tersebut yang diambil dari rakan saya.
p/s: saya tahu dia pun copy. =)
Assalamualaikum Datin Seri. Saya Muhammad Muizzudin bin Zaini. Julai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun. Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini. Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya! Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi! Datin Seri Rosmah Mansor yang saya hormati, Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda. KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT Datin Seri, Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali. Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan. Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan! Datin Seri, Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik? Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU! Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu? Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini. Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan! Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua. Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan. Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi. Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima. Datin Seri yang saya hormati, Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat! Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak! Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW! Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM! Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali API NERAKA! Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan! RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka. Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia! Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram! Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta! Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya! Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!” Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat? Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang! Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata! Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya. KUASADatin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara. Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa? Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu. Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang! Datin Seri, Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami. Datin Seri yang dihormati, Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak!
"Ekceli" bila time dah sampai masa aku nak publish benda entry nie.
tiba tiba internet connection aku problem.
sabarrr jelaaa aku.. haih -,-'
*resetmodem*
(waiting.....................2minutes.............5minutes......)
okay baru dapat,

Alhamdulillah. Sekiranya anda berjaya membaca entry nie, maknanya internet connection saya dah okay. =)

Memang benar, kuasa kuku besi yang berkuasa tidak mampu ditumpaskan dengan mudah.
Tapi ingat ! Tiada kuasa yang lebih hebat dari ALLAH SWT. =')
SHARE dan TAG Rakan2 Kalian jika ingin berkongsi. copy pun takpe. =) 

Good Night & Sweet Dream ^^

awakk..saya sayang awak sangat sangat awak.
jangan tinggalkan saya yee..
saya ikhlas sayangkan awak.. Capital " S "  =')
With Heart,
MuhdShukri
Monday, May 7, 2012 4 comments

Kepentingan " ilmu "

Ustaz Don Danial





Friday, April 20, 2012 0 comments

Ajaran Sesat !

Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam !

Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru? Saat Maghrib telah tiba..
Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas sholat. Semuanya berkopiah dan dipimpin
seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban sholat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok.

Kristian ortodok, sebuah sektsa dalam agama Kristian. Boleh jadi, orang awam akan terkeliru sebab, sektsa ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun, Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama. Tengoklah saat mereka sholat.. Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam, bila berjamaah, juga memakai bahasa Arab. Rukun sholatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud.. Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan sholat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya : sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis(dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam).

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus. Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga mengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan. Gambar2 ajaran kristian ortodok yg mungkin anda keliru. Jadi berhati hati la kita tentang ajaran kristian ortodok.

Oleh yang demikian marilah kita bersama meningkatkan lagi amalan dan iman kita agar tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yang sesat. Firman Allah dalam Al-Quran :

"Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya." (Surah Ali-Imraan : Ayat 2)
"Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta."
(Surah Yunus : Ayat 66)
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya".
(Surah Adz Dzariyaat ayat 56 – 58)

Hebah kan laaa pada kawan kawan kita...
Yang pasti...........
INI BUKAN AYAT AL-QURAN.....
Semoga kita semua berhati2.....
Jangan sampai terbeli.....
Dan digantung di rumah kita.
Sebarkanlah supaya semua teman teman kita maklum.

Tolong Baca.
Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang orang KAFIR !
Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis SURAH INJILU MATAY terus reject !

Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua....
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa...
Jangan jadikan ia sebagai post berantai anggaplah satu yang penting kerana kita telah mengetahui akan pekara ini...
Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.....
Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga...tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah, Hhmm....
Sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran........
Sebenar ayat Bible !

wallahualammmubissawab........
2 comments

Technology

Yes! I want download food at 4Shared ! Muahaha V,v
0 comments

Future !


dear capital 'S' =')
0 comments

Dialog Malam Pertama – Kenapa Suami Pilih Isteri?


Di malam yang hening, merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil. Malam yang dinanti-nantikan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi. Alam bagaikan mengerti, hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.


Suatu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka, menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka. Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini, jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing, jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan. Tidak pernah mereka berjalan beriringan, tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan, satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin. Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.

Malam semakin larut, si suami membasahkan tubuhnya menyucikan diri. “Aneh” bisik isterinya. Di malam-malam begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh? Lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong agak lama sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu. Alangkah terkejutnya, suaminya seakan mati, kaku dengan gerakan sujud dan terdengar esakan kecil umpama merintih.

Dia tahu apa yang dilakukan oleh suaminya dan dia akur. Itulah cinta suaminya yang sejati. Dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu dan dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya, tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu. Dia menunggu, bertelekung di atas taburan bunga mawar di atas katil empuk itu. Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya, isterinya menunduk malu.

Isteri : Mengapa awak pilih saya?


Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah).


Isteri : Ramai kan yang berniqab?


Suami : Kerana awak ada agama.


Isteri : Ramai kan yang ada agama?


Suami : Kerana awak adalah jodoh ketentuan dari Allah S.W.T.
Isteri kehabisan soalan, dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.


Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak, tetapi saya melihat di rumah awak, di hadapan ibu bapa awak. Ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak dan ketika awak membuka niqab, saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.


Isteri : Saya tidak cantik…


Suami : Lebih baik beristerikan perempuan yang berkulit hitam, berbibir tebal tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik daripada memiliki isteri yang berkulit mulus, tetapi tiada agama dalam dirinya. Tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya. Tetapi adakah perempuan sedar, mereka yang menampakkan kecantikan yang haram didedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak. Wana’uzubillah.


Isteri : Saya juga ingin cantik…


Suami : Sayang, kecantikan awak takkan kekal. Awak akan dimakan usia. Tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?


Isteri: Itu yang saya mahukan…


Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari, malah lebih dari itu?


Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?


Suami : Ada caranya, malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!


Isteri: Yakah?, tunjukkan caranya!


Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”


Isteri : Saya kurang faham, di mana alat-alat mekapnya?


Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).


Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?


Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu. Awak ada wudukkah?
Isteri : Ada. Nanti sekejap.


Suami : Lihat Surah Al-Waqiah, “Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung.” (ayat 35 ), Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru. Dalam keadaan mereka itu muda dan perawan. Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya “Dan Kami jadikan mereka itu gadis perawan” (ayat 36).


Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti.


Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi “(Tentang wanita) penuh cinta (kepada suami mereka) lagi sebaya umur” (ayat 37). Dalam Ayat ini, Allah menerangkan mereka ini (wanita) terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka. Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja (Tafsiran Ibn Abbas).


Isteri : Sahih tu bang, tapi saya nak bayangkan macam mana cantiknya saya dalam syurga nanti.


Suami: Baiklah, tunggu sekejap saya ambil kitab hadith, lihat ini ada Riwayat dari Hadis Tabhrani, sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin yang saya ceritakan tadi, ingatkah?


Isteri : Oh! ada, saya ingat.


Suami : Maka bertanya lagi Ummu Salamah: Dengan apa yang menyebabkan mereka lebih baik, Baginda pun bersabda: dengan solat mereka, puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah. Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning (yakni emas) rantai mereka daripada permata, sikat mereka daripada emas. Lalu mereka berkata: Kami kekal (di dalam syurga) dan kami tidak akan mati lagi, kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal di dalam syurga dan kami tidak akan berpindah, kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah, beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan) untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami. Lalu Ummu Salamah bertanya lagi: Wahai Rasullallah, ada di kalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki, atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian, cerai atau lainnya), kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga, maka siapa yang akan menjadi suaminya (di dalam Syurga)? Baginda menjawab: Dia akan memilih yang terbaik di kalangan mereka dari segi akhlak. Nah! Hadith ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari.


Isteri : Alhamdulillah, baru saya faham. Maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri-ciri dari firman Allah dan hadith, maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!


Suami : Wanita yang merupakan ahli syurga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya. Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki di dalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya, apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya? Pada pandangan saya, orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula di samping berhajat kepada suami, akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka. Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga?


Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip, tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!


Suami : Ya. Saya juga muzakarah dengan awak, lagi satu, bidadari syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!


Isteri : Hah! Bidadari marah saya? Kenapa? Macam mana awak tahu?


Suami : Buka kitab hadis tadi, baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya: Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (H.R. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal r.a)


Isteri : Wah! Saya amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!


Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (H.R. Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Isteri : Alhamdulillah! Baru saya faham sejelasnya, terima kasih abang. Tetapi itukan banyak persoalan tentang saya, bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah, yang menghidupkan sunnah Rasulullah dan akan mendapat nikmat syurga. Bagaimana dengan diri abang?


Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan, biarlah kita berbicara satu bab dengan teliti. InsyaAllah esok malam kedua kita bicarakan soal itu ya.




Sumber: Artikel oleh : Ibnu Rahman via Syahirul
Saturday, April 14, 2012 0 comments

Dinner KAMSIS " Pahlawan Zaman Silam ".. Eh ?

Pada petang yang penuh dengan gelak tawa, suka dan duka aku..
Menantikan waktu siang melabuhkan tirai dan malam menjelma..
Aku nantikan sangat malam nie sebab aku tak sabar nak tengok hebat mana jamuan makan malam dekat Politeknik nie.

Bulan Mei nie adalah penghujung semester pertama aku sebelum menyambung semester kedua aku pada bulan Julai iaitu bulan aku lahir so guys,
jangan lupa birthday present aku okay ! =)

Apa yang suka sangat aku pada hari ini, aku rasa free sebab dah tak terikat sangat dengan waktu kelas yang tidak menentu kadang kadang aku bangun terlalu awal untuk ke kelas dengan penuh semangat berkobar kobar tapi Lecturer aku tak masuk, kelas cancel laa..
Sakit hati kott.. -___-'
Okay think positive maybe lecturer ada masalah tersendiri..

Yang duka sangat aku hari nie, aku dah lama tak gosok baju melayu nie.
So bila time nak gosok tuu mula lah aku menyumpah macam macam..
Punyalah susah nak gosok baju melayu.
Hampir terbakar seluar baju melayu aku tu, nak upload gambar tapi malu lah.hee
Kalaulahh aku ada isteri kan senang boleh dia tolong. Hihi
Okay aku merepek. -,-
gelak tu sopan sikit !

Okay back to the main story,
majlis makan malam nie bermula pukul 8 malam.
Aku apa lagi macam biasa buat hal aku je pegi pukul 8.30 malam.
Buat apa nak pegi awal awal ? Dengar orang bebel jee.. HAHA
Aku suka bila time aku sampai jee orang semua dah mula nak makan baru best ! Muahaha
*gelakjahat*

Okay aku masuk je dewan semua orang dah duduk tempat masing masing.
Segan beb dahla masuk ikut pintu depan so semua usha jee..
Wuu..tapi takpe baru dapat show off sikit kann pakaian Pahlawan la sangat kann yg aku pakai nie. HAHA
Bila aku dengan kawan aku sampai kitorang pilih table agak agak belakang jugak baru lah boleh buat 'keriaw' !
*maksud keriaw tuu adalah buat havoc laa*

Kitorang duduk sebelah jee dengan budak perempuan.hihi
gatalkan ? takpe bukan selalu dapat cuci mata.hee >,<
Overall semua okay makanan sedap sedap ada Udang, Ayam, and TomYam.
Berpada lah jugak dengan rm5 yang aku bayar tuu kan dapat menu macam tuu..
hewhewhew ^^

Semua berjalan lancar dengan persembahan Nasyid sebagai pembukaan.
Tarian ponggal kalau tak silap aku lepas tu.
*time nie aku tengah makan kacau betei dorang nie dengan lagunya*
Then persembahan Teather kawan aku masuk !
Ijoi nama dia. Bangga aku ! HAHA
Last sekali penyampaian anugerah warden terbaek, pakaian tercantik.
Semua anugerah macam tak adil sebab semua yang tercalon semua dari kalangan AJK.
so apa maknanya kami semua pelajar show off hari nie ?
biarlah dorang kebulur sangat anugerah tuu.. hihi

Okay nak share gambar sikit..
sorry ipod nie tak clear sikit time malam..
tak mampu nak beli DSLR. T_T
*takminatsebenarnya*

dari kiri yaslam, izzat, syamie, azreel

Apek ! Budak awam merangkap photographer kami. hewhew

Yang nie awek awek Ninja Assasins. hehehe

Aku & Zaki
*jari kau buat apa tu zaki -,-*

Okay yang nie nampak alim. Nama dia Ijoi. =)

Ini masa lakonan since membawa jenazah

Ehem ! Yang ini roomate aku, Najwa. Ala ala Najwa Letif gituu..hee

Aku jugak tapi dengan Farah ! ^^

Nie Ijoi !

Ijoi & Yaslam. dorang nie roomate !

Em, yang nie aku dengan Afifah. Taken maybe. =)

Yang nie aku dah lupa nama dia. Nanti aku ingat balik. -,-

Waaaaa ! Ini bila aku dah mula meracau macam nie la.

Ehem ehem ehem ! Yang nie pulak dorang kata kat aku "beli kain nie sekali lettewww.." hihi

Yes ! Dah lama tak bernasyid. Rinduu T_T

Yang sebelah kanan sekali AIZI roomate aku. =)

Adeh ! Dorang lagi. -,-

Ini dia budak yang selalu sakat aku ! Hari hari pulak tuu.. =,=

Ini Ummul. =)

Sweet Couple yaw ! ^^

Peace ! (Y)

Hai ! Don't be jelly saya tengah berdansa dengan dia. Hihi

-BOUNCER PINTU MASUK DEWAN-
chop chop ! tapi kenapa macam dah habis jee event tuu ? -,-

Haa ini dia ultraman taro ! Muahahaha

Dia Bobby ! Ketua kelas aku. =D

Ehem ehem ! Sweet couple v2. HAHA


Okay THE END !
p/s : sorry gambar tak berapa nak lawa sebab nie 1st time amek pakai iPod
sebab HTC lupa nak charge. Muahaha

Babai Assalamualaikum. =)


 
;