Sunday, July 15, 2012

Hari nie hari istemewa saya ! XD



Hari nie hari istimewa saya. sebab hari nie hari lahir saya.
saya bersyukur sebab diberikan umur yang panjang dan masih boleh bernafas sampai sekarang.
tak semua orang dapat menghirup udara segar hari nie.
tak semua orang berkesempatan.
ada yang telah pergi buat selamanya.
pergi tak kembali. =')

Bagi yang masih hidup pasti rasa beruntung.
kerana masih boleh menikmati nikmat di dunia nie.
tapi tak semua orang sedar yang semakin lama kita hidup.
semakin banyak dosa yang kita buat.
secara sengaja atau tak sengaja.
amalan kita dicatit kanan dan kiri.
tidak terkecuali walaupun sebesar zarah.

Lumrah sebagai manusia biasa.
tak lepas dari membuat silap.
walaupun kita tak berniat nak buat silap.
tapi silap tu akan berlaku sendiri tanpa kita sedari.
contohnya macam kita berjalan......

fizikal kita melangkah...
dengan tekun kita mengatur untuk berjalan dengan baik...
dalam masa yang sama akal kita mengatakan...
" langkah dengan baik. nanti jatuh malu "
lalu kita berjalan dengan penuh gaya.
TIBA TIBA

terjatuh !
SAKIT ? mesti...

ada kulit pisang dekat lantai..
nak salahkan siapa  ?
siapa yang buang kulit pisang tu pun tak tahu.
so nak salahkan siapa ?
salahkan la diri sendiri.
sebab cuai sendiri.

Walaupun kita dah sehabis boleh nak melangkah.
tapi still boleh jatuh sebab kulit pisang.

Kesimpulannya..
Memang kita semua taknak buat silap.
Taknak buat jahat / dosa.
tapi secara tak langsung kita akan TERbuat jugak.
itu semua ujian. =)

Apa yang paling penting !
cara kita nak perbetulkan silap kita.
cara kita nak perbetulkan dosa kita yang lepas.

Moga saya dikuatkan di hari mendatang.
Kuat dari segala aspek.
FIZIKAL / ROHANIAH
InsyaAllah ^^


Happy Birthday to meeeee !!!!!! =*


No comments:

Post a Comment

 
;