Masih ingatkah anda semua tentang pengorbanan seorang Ibu & Bapa ?
Jasa mereka menjaga kita dengan penuh rasa kasih sayang lebih dari mereka menjaga diri mereka sendiri.
Mereka menatang kita bagai minyak yang penuh.
Tidak dibiarkan minyak itu tertumpah walaupun setitik.
Kasih Ibu membawa ke syurga, kasih Bapa membawa bahagia. =')
Bagi yang sedang/pernah stay hostel, mesti merasai perasaan betapa rindunya dekat Ibu & Bapa serta adik beradik kan ?
aku yang stay hostel nie bila kesunyian tu mula lah merasakan yang diri nie memerlukan keluarga disisi, keluarga amat penting.
Pemberi semangat, positive supporter, and yang penting adalah orang yang sentiasa hampir dengan kita.
Sementara kita masih mempunyai Ibu & Bapa, hargailah mereka dengan sebaiknya.
Jagalah mereka seperti mereka menjaga kita semasa kecil.
Bagi yang dah meninggalkan kita, berdoalah banyak2 agar mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
InsyaAllah.
" Nasihat kepada diri sendiri dan rakan2 pembaca sekalian. =) "
With Heart ,
shukri shafie
No comments:
Post a Comment