Monday, February 20, 2012

Si Kelembai & Kastam

"Kastam di Tambak Johor menahan seorang pemuda (Kelembai) yang menaiki motor kerana gaya pemuda tu lain macam gayanya semasa melaluinya."
Kastam    : Oppss berhenti! 

Kelembai : Ya Encik..

Kastam    : Apa yang ko bawak dalam beg tu?

Kelembai : Takde pape encik..

Kastam    : Bukak!

Kelembai : Okies…

Kastam    : Ni aper ni? (ada beberapa biji batu)

Kelembai : Batu encik…

Kastam    : Hmmm batu jer? Sambil membelek-belek batu tu..
                       kemudian dia cuba gigit. Aduh! memang batu! ok jalan…  

"Keesokan harinya, Kastam melihat Kelembai lalu lagi dan dia tahan lagi.."

Kastam    : Buka beg awak!

Kelembai : Okies…

Kastam    : Hmm batu lagik… ok jalan…  

"Begitulah selanjutnya setiap hari Kelembai lalu naik motor dan kalau Kastam check begnya cuma ada batu kerikil..dan mereka sudah berkawan dan selalu pergi ngeteh (minum2) bersama."

"Setelah 30 tahun, Kastam pun pencen, begitu juga Kelembai dah tua dan tak masuk Singapore lagi. Satu hari mereka melepak pekena kopitiam di restoran Chamek."

Kastam    : Wak, aku pun dah pencen, ko pun aku tengok dah kaya , baik ko
                       berterus terang dengan aku ko dulu ko sebenarnya hari-hari
                       seludup batu kan?

Kelembai : Heheh memang sebenarnya aku hari-hari seludup sampai jadi kaya
                       tapi bukan seludup batu la.

Kastam    : Abis ko seludup aper?

Kelembai : Hmmm oleh sebab ko pun dah pencen, aku bagitau juga la…
                       sebenarnya aku seludup…

.
.
.
.
.
.
.
.

Hehehehehehehehe??? =3

"pandai2lah fikirkan dan renung2kan yee.. =)"

Jangan lupa untuk tekan butang share & Tag =) ♥ 
With Laughs,
shukri shafie  

No comments:

Post a Comment

 
;