Sembang tentang kahwin ni memang indah, seronokdan asyik sekali. Berjam-jam sembang bab kahwin ni pun tak apa. tak jemu, tak bosan. baik borak sebelum kahwin, sewaktu kahwin apatah lagi selepas kahwin, pot pet sok sek nya bukan main menghiburkan.. senarionya bila berada di dalam kelas then lecturer/guru cakap sahaja tentang kahwin, kelas yg sejak tadinya sunyi sepi terus riuh rendah. apabila borak sesama rakan sama juga situasinya, bukan main rancak dan terujanya bersembang. Apatah lg jika tukang masak pndai menambah2 rencah. tepung+pisang+gula dan garam sikit ! perghhh, cekodok pisang.. mmg sedapkan ? hah ! mcm tu la gambarannya.
Itu cerita orang yg belum kahwin atau dah kahwin. orang yg nak kahwin atau org tua yg nak kahwinkan anak lain pula ceritanya. pendek kata 1001 perasaan melanda, dgn gelisah, bimbang, seronok, takut, risau semua ada. Yela, skrg ni mcm2 boleh jadi, pengantin lelaki lari bila hampirnya akad nikah, pengantin perempuan lari ikut kekasih lama. aishh.. macam2. mana tak gentar goyang gempa semua. hah ! amik kau 3g terus. (^.^)
Mana taknya, cuba bayangkan belanja kahwin sekarang ni bukan boleh buat sikit-sikit atau ala kadar. 1ok belum cukup tentu. tapi kalau sanggup 'kuali'kan telinga tu dok dengar pot pet pot pet family dan kaum kerabat termasuk keluarga mertua, boleh la buat ala kadar je. kalau x sggup kena la buat konon-konon grand mcm org lain. biasa org buat belas-belas atau puluh ribu, kena la buat mcm tu juga tak pun lebih lg. kalau org lain bikin sewa pakaian sedondon, kita pun nak sama sedondon.
Hai ! memang tension dibuatnya. nak buat kecil-kecilan org msti dok mengata. buat besar-besaran sikit nnti pun org kata juga. itu la lumrah hidup manusia, tapi mmg apabila dilihat, org kita ni bila bab kahwin, mmg tak reti nak buat ala kadar kan ? sanggup berhabis duit bergolok bergadai demi nak memastikan majlis perkahwinannya tip top dengan siap dgn gred A+ lagi atau nak dpt markah penuh 101% dari para juri yg trdiri drpd tetamu yg hadir.
Okay ! bagi calon yg nak kahwin baik sang teruna dan dara, bayangkan saat ekonomi skrg yg xbrp nak menentu ni, perit rasanya utk mereka menyimpan beribu riban dlm bank semata-mata mahu kahwin. selagi tak cukup, selagi tu la deadline kahwin xboleh nak ditetapkan. nak menyimpan tu bukannya boleh sikit-sikit atau main2 kan ? xkan nak tunggu usia lanjut baru boleh kahwin. kalau lelaki tu kira okay lg tp sanggup ke perempuan nak sama-sama melanjut usia semata-mata nak tunggu simpanan sang teruna cukup di bank ? kalau sanggup pun, kena tanya family pula, mereka sanggup ke tunggu lama-lama ? rasanya mmg payah kan?
Bila terjadinya perkara begitu, rasanya dah smpai masanya pihak tertentu mempromosikan kahwin beramai-ramai di kalangan orang2 kita. pecahkan tradisi ! jadikan ia program tahunan. lagi ramai kahwin, lagi baik. tiada gejala sosial sana sini. lagi pun, banyak belanja boleh dijimatkan, baki duit yg tidak berusik tu bolehlah digunakan utk membina keluarga sendiri. baik kan ? tapi kalau nak kahwin pun disusah-susah dgn pelbagai adat dan rintangan, alamatnya mati berangan je la. nasib la weh !
1 comment:
shukri macam sudah mau kahwin xD
Post a Comment